FOTO: Aziz A. Shariff.

Oleh FETTY RARA

SEMUA kedai kopi tidak boleh membenarkan pelanggan makan di premis tetapi boleh menyediakan makanan dan minuman untuk dibawa pulang, kata Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura.

Presiden persatuan, Datuk Ho Su Mong berkata beliau telah menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Kebangsaan berhubung perkara itu dan telah dimaklumkan sedemikian, lapor The Star.

Oleh yang demikian beliau berkata semua kedai kopi hanya boleh dibuka, tetapi tidak sepenuhnya dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut beliau lagi berbeza dengan kedai kopi di bandar raya yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan, kedai kopi di pekan kecil digalakkan supaya menyediakan makanan dan minuman untuk dibawa pulang oleh pelanggan.

Bagaimana pun, terdapat juga sesetengah premis yang akan menutup terus kedai mereka sepanjang tempoh sekatan pergerakan.

-BebasNews

Leave a Reply