KUMPULAN rakyat Malaysia yang terkandas di Uzbekistan menaiki pesawat sebentar tdi untuk pulang ke tanah air. Semua pramugari memakai sut plastik pencegah kuman/Foto: Faridah Hashim.

Oleh AZIZ A. SHARIFF

Kumpulan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas beberapa hari di Tashkent, Uzbekistan kini berada dalam pesawat untuk dibawa pulang ke tanah air.

Semua kru pesawat memakai sut khas bagi menghindar jangkitan Covid-19.

Ketika kemaskini laporan ini dibuat, bekas wartawan Bernama, Faridah Hashim yang berada di sana berkata sejak awal pagi mereka berada di Islam Karimov Tashkent International Airport dan dijangka berlepas menaiki sebuah pesawat sewa khas pada pukul 11.00 pagi waktu Uzbekistan.

Seramai 200 orang dalam kumpulan tersebut terdiri daripada rakyat Malaysia dan Singapura.

Mereka turut dibantu oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Pelancongan Uzbekistan.

DUTA Malaysia ke Uzbekistan, Hendy Assan (kiri) antara yang banyak membantu./Foto: Faridah Hashim.

Faridah berkata Duta Malaysia ke Uzbekistan, Hendy Assan banyak membantu menguruskan kepulangan mereka ke tanah air, selain pihak Tourism Uzbekistan yang memberikan mereka layanan sebaik-baiknya.

Menteri Pelancongan Uzbekistan dan pegawai-pegawainya turut hadir di lapangan terbang.

Beberapa kumpulan pelawat Malaysia yang terkandas sejak 18 dan 19 Mac itu dikuarantin di sebuah hotel di Tashkent susulan penularan wabak Covid-19 di Uzbekistan beberapa hari lalu dengan jumlah jangkitan kini sebanyak 34.

Menteri pelancongan serta pegawai-pegawai Tourism Uzbekistan antara yang hadir mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan rakyat malaysia di lapangan terbang / Foto: Faridah Hashim.
BEBERAPA kumpulan rakyat Malaysia yang terkandas di Tashkent, Uzbekistan kini berada di Islam Karimov Tashkent International Airport untuk menaiki pesawat sewa khas pulang ke Malaysia./Foto: Faridah Hashim.

-BebasNews

2 COMMENTS

  1. Sukacita saya ingin merujuk kepada kenyataan yang menyatakan masih terdapat 3 kumpulan rakyat Malaysia masih berada di Tashkkent kerana masalah pembiayaan bilik penginapan. Untuk makluman En.Aziz, semua 8 kumpulan pelancong Malaysia telah pulang dengan pesawat yang sama dan tiada kumpulan yang masih tinggal di Taskent kerana masalah pembiayaan. Salam hormat, Kamil

Leave a Reply