PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan (KPM) yang akan memutuskan untuk guru kembali ke sekolah bagi menguruskan tugasan penyediaan sukatan pelajaran.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata mana-mana guru yang tidak jelas dengan arahan tersebut boleh merujuk Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau menghubungi terus KPM sama ada mereka ada keperluan ke sekolah atau sebaliknya.

“Ini adalah perkara diputuskan Kementerian Pendidikan, walaupun sekolah belum mula tapi ada keperluan bagi guru untuk ke sekolah masing-masing untuk sediakan apa-apa sahaja perkara berkaitan pelajaran, jadi arahan dikeluarkan Kementerian Pendidikan.

“Jika guru ada apa-apa keraguan mereka boleh hubungi PPD masing-masing atau terus menghubungi Kementerian Pendidikan, termasuk melalui online untuk mendapatkan penjelasan, siapa yang dibenar dan siapa yang tidak dibenar,” katanya ketika sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya arahan tidak jelas kepada guru untuk hadir ke sekolah, memandangkan terdapat sekolah di beberapa negeri yang mengeluarkan arahan dan ada yang belum mengeluarkan sebarang pemakluman.

Semua sekolah seluruh negara ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengusaha bas sekolah kenakan bayaran

Mengulas sikap segelintir pengusaha bas sekolah mengenakan bayaran kepada ibu bapa walaupun sekolah masih ditutup ketika PKP, Ismail berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Sepatutnya kalau, tidak ada perkhidmatan bas sekolah mereka tidak boleh minta bayaran sebab tidak ada perkhidmatan, anak-anak masih bercuti, jadi tidak ada sebab minta ibu bapa bayaran.

“Jadi bas sekolah di bawah Kementerian Pengangkutan, saya percaya lesen di Keluarkan Kementerian Pengangkutan.

“Saya akan bawa kepada menteri pengangkutan perkara ini supaya mereka keluarkan arahan kepada pengusaha bas sekolah. Apa yang boleh mereka lakukan dan apa yang tak boleh mereka lakukan ketika ini,” katanya.

https://bit.ly/35Lv9in

18 COMMENTS

    • Mmg tak payah bayar lah….
      Boleh buat aduan kat PPD or JPN…
      Boleh semak sama ada cikgu tu ada surat kebenaran tak..
      Pusat Tiusyen daftar ke tidak…

  1. Yuran taska ..tadika..5d0t pgusaha 6g meminta byrn penuh. Alasn untuk but bil2 utiliti Dan gaji guru. Bila ditanya..pengusaha sentap ..

    • Saya tak puas hati bila pihak taska minta separuh bayaran untuk bulan May..sedangkan kami masih bercuti..sampai sekarang saya masih belum bayar yuran taska..
      Patut ke saya bayar..saya pon dpt gaji basic bln 4..sgt terkesan dgn pkp..

  2. Kenapa yuran tadika swasta perlu dibayar penuh utk bln 4 wlpun anak2 dh Xpegi sekolah? Utk bln 5 & seterusnya perlu bayar separuh dr jumlah yuran sebenar. Alasan utk byar gaji guru & sewa premis tadika. Adakah ini adlh wajar?

    • langkah terbaik suarakan kepada persatuan pengguna supaya bantahan boleh dibuat secara bersama atau satu suara.

    • Sepatutnya x perlu bayar sebab tiada perkhidmatan yg diberikan..soal byr gj sepatutnya majikan yg usahakan..bukan pelanggan yg sumbang utk
      byr

  3. guru pun kena bg sumbangan dekat negara .xkn nk cuti je.duit gaji tu pendapatan negara.kena pikir juge kita yg kerja ni.byr hasil.

    • Siapa kata guru tiada sumbangan untuk masyarakat? Mereka mendidik orang seperti anda untuk jadi keyboard warrior yang berjays

    • Guru adalah pembayar cukai. Walaupun x bekerja secara fizikal tp bekerja secara online bg kerja rumah kat anak2 didik. Parent x sedar ke? Jgn duk salahkan guru.

  4. Anak says belajar di international school swasta Salam darrah Saturday,tapi pinal sekula memaksa ibubapa untuk bayaran setiap bulan,baru baru ni,bekas 14 april baru mereka adakan online class tapi kebanyakan kanak kanak tidak mempunyai computer ataupun laptop.kalau separuh dari yuran kami sanggup terima tapi disuruh bayar penuh.online class memang tak puas hati bagi parents sebab,kami pun kena keluar bekerja..how kami nak guide our kids..

  5. Anak saya belajar di international school swasta dalam darjah Satu tapi pihak sekolah memaksa ibubapa untuk bayaran setiap bulan,baru baru ni,bekas 14 april baru mereka adakan online class tapi kebanyakan kanak kanak tidak mempunyai computer ataupun laptop.kalau separuh dari yuran kami sanggup terima tapi disuruh bayar penuh.online class memang tak puas hati bagi parents sebab,kami pun kena keluar bekerja..how kami nak guide our kids..

  6. Saya tak puas hati bila pihak taska minta separuh bayaran untuk bulan May..sedangkan kami masih bercuti..sampai sekarang saya masih belum bayar yuran taska..
    Patut ke saya bayar..saya pon dpt gaji basic bln 4..sgt terkesan dgn pkp..

Leave a Reply