SAYA Leftenan Kamarul Hainizam dari Tentera Laut Diraja Malaysia kini sedang mengikuti kursus bersama Tentera Laut Diraja Australia di Sydney mengucapkan Salam Perantauan Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri 1441H kepada Mama, Abah, Opah, Ayong serta adik-adik.

Kepada Isteri tercinta, Norhaida bt Hj Hashim serta anak-anak yang disayangi serta dirindui, sambutlah Syawal dengan penuh kegembiraan walaupun kita tidak dapat beraya bersama pada tahun ini. Didoakan semoga kalian sentiasa sihat dan ceria selalu.

Ucapan juga buat keluarga besar Hajah Sahida Andak dan keluarga besar Hajah Halijah Ibrahim, sanak saudara, sahabat handai dan semua yang mengenali diri ini.

Salam Aidilfitri dan terima kasih diucapkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dan seluruh tenaga pengajar Maktab Tentera Diraja 0205. #stayathome #kitajagakita #sediaberkorban. Ikhlas daripada: Lt Kamarul Hainizam bin Abd. Razak TLDM di HMAS Watson, Sydney, Australia.

-BebasNews

Leave a Reply