ANGGOTA Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) meminta ibu bapa agar tidak membawa masuk anak-anak di bawah usia 13 tahun bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19 di Kompleks Pekan Rabu semalam.

Tinjauan mendapati, orang ramai mula membanjiri kompleks berkenaan sejak pagi dan sebelah semalam bagi membeli barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Selain itu, orang ramai turut membuat pemeriksaan suhu badan selain memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial seperti saranan Kementerian Kesihatan bagi memasuki kompleks berkenaan.

-Bernama

Leave a Reply