KHALID al-Jabri (kiri) percaya adiknya Omar (kanan) diculik oleh kerajaan Arab Saudi. / Foto: Keluarga Al-Jabri.

Oleh FETTY RARA

PEGAWAI tertinggi Arab Saudi, Dr. Saad al-Jabri yang telah bertahun merupakan orang tengah di antara agensi perisikan British MI6 dan lain-lain agensi perisikan barat kini disasarkan bersama keluarganya.

Saad yang membantu dalam usaha menggagalkan satu komplot al-Qaeda untuk melancarkan serangan bom ke atas pihak barat melarikan di dari Arab Saudi tiga tahun lalu, sebelum operasi pembersihan ‘anasir’ oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, lapor bbc.com.

Menurut anak sulung beliau, Khalid, kesemua anaknya telah ditahan sebagai ‘tebusan’.

Beliau berkata anak-anak Saad, Omar dan Sarah diculik pada subuh 16 Mac dan dibawa oleh kira-kira 50 pegawai keselamatan Arab Saudi dalam 20 buah kereta.

Rumah keluarga Saad kemudian digeledah dan tiada alasan diberikan kepada keluarga beliau bersabit penahanan itu.

SAAD al-Jabri disambut oleh Setiausaha Negara UK Theresa May (kanan) semasa lawatan ke London pada 2015.

Khalid kini telah melarikan diri ke Kanada di mana ayahnya hidup dalam buangan secara sukarela.

Nasib kedua-dua anak Saad belum dipastikan sama ada masih hidup atau telah dibunuh.

Beliau percaya bahawa mereka ditahan untuk memaksa Saad pulang ke Saudi di mana beliau mungkin ditangkap dan dipenjarakan.

Khalid berkata pihak Saudi boleh menuduh apa sahaja, namun Saad tidak bersalah.

Usaha BBC untuk mendapatkan komen daripada kerajaan Saudi tidak berjaya.

-BebasNews

Leave a Reply