KAMI pelajar Malaysia yang kini mengikuti program pengajian tajaan MARA/sendiri, undergraduate Bachelor of Commerce, University Canterbury, Christchurch, New Zealand mengucapkan Salam AidilFitri buat ahli keluarga tercinta, sahabat handai dan semua kenalan jauh dan dekat walau di mana berada. Maaf zahir batin. Alhamdulillah, di sini kawalan wabak Covid-19 makin bertambah baik. Justeru kami doakan semoga arahan PKPB di Malaysia dipatuhi demi keselamatan diri dan kesejahteraan semua. Kami merindui Malaysia; jauh di mata, dekat di hati.
StaySafe Stay@Home.
-BebasNews