
OLEH FAUZAN UDA AHMAD
MUKESH AMBANI, 63, muncul sebagai lelaki pertama dari Asia yang berjaya menduduki lima tangga teratas senarai lelaki terkaya dunia.
Beliau yang sebelum ini berada pada kedudukan di tangga ke 15.
Mukesh berjaya mengatasi kekayaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer dan juga Warren Buffet yang jatuh ke tangga ke tujuh.
Berdasarkan Indeks Bloomberg Billionaires, sejak awal tahun 2020, kekayaan Mukesh melonjak secara ketara mencecah AS$18.8 bilion menjadi AS$77.4 bilion.
Lonjakan itu disebabkan oleh peningkatan nilai saham yang dimiliki lelaki India itu sebanyak 135 peratus. Antara saham yang dimilikinya termasuklah syarikat Facebook Inc., Silver Lake dan BP Plc.
Kekayaan Mukesh kini berada di belakang pengasas Tesla ,Elon Musk, serta pengasas Google, Sergey Brin dan Larry Page.
– BebasNews