FOTO: Wikimedia Commons/Michael Vadon / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump enggan memberi kata putus sama ada beliau menyetujui pemindahan kuasa secara aman sekiranya tewas pada pilihan raya November depan.

Beliau memberitahu demikian pada satu sidang media di White House, lapor bbc.com.

Trump sekali menimbulkan keraguan mengenai undi pos dan berkata beliau percaya keputusan pilihan raya akan dirujuk kepada mahkamah Persekutuan AS.

Menjelang tarikh penentuan itu semakin banyak negeri menggalakkan pengundian melalui pos demi keselamatan rakyat.

Pada 2016 beliau enggan menerima keputusan selepas bersaing dengan calon parti demokratik, Hilary Clinton yang menyifatkan pendirian Trump itu sebagai serangan ke atas demokrasi.

Trump, bagaimana pun, diisytiharkan sebagai pemenang walaupun kalah undi popular sebanyak tiga juta. Hasil percaturan tersebut masih dibahaskan hingga ke hari ini.

-BebasNews

 

Leave a Reply