FOTO: NSTP.

BANGUNAN Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Terengganu ditutup selama dua hari bagi proses disinfeksi dan nyah kuman.

Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata kedua-dua premis itu ditutup bermula hari ini.

“Proses disinfeksi ini perlu dilakukan kerana terdapat tiga pegawai yang hadir ke Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di Hotel Movenpick KLIA, Sepang pada 29 Sept lepas yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad.

“Sehubungan itu, hanya perkhidmatan kaunter setempat akan beroperasi pada hari ini manakala esok, semua perkhidmatan akan digantung daripada beroperasi dan ditutup kepada semua kakitangan serta orang awam,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi hari ini.

Bangunan Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Terengganu akan beroperasi seperti biasa bermula Ahad (11 Okt).

– Bernama

Leave a Reply