FOTO: Aziz A. Shariff

SEMUA masjid, surau Jumaat dan surau lain di Wilayah Persekutuan disarankan melaksana solat hajat selepas Maghrib selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata solat sunat hajat yang disarankan diadakan pada 7, 8 dan 9 Okt itu bertujuan memohon dilindungi dan dihindari daripada penularan wabak Covid-19.

“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi Malaysia tercinta ini daripada wabak berbahaya ini, mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudah urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bernama

Leave a Reply