Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia ketika bertugas melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) pada tinjauan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tol Gombak hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan beberapa perubahan pada SOP ketika PKPB dan PKPP. Salah satunya adalah perubahan pada pelaksanaan halangan untuk rentas negeri atau daerah. Bermula 7 Disember 2020 ini, tiada lagi sekatan jalan raya yang akan diadakan oleh pihak polis di kawasan PKPB dan PKPP. Selari dengannya, orang ramai boleh bergerak merentas negeri atau daerah bermula 7 Disember 2020 ini – kecuali di kawasan PKPD. Ini sekaligus membolehkan orang ramai untuk bergerak tanpa keperluan untuk mempunyai surat kebenaran Polis. -- fotoBERNAMA

ORANG ramai dibenarkan merentas daerah dan negeri mulai Isnin ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, tiada lagi sekatan jalan dan orang ramai juga tidak perlu memohon permit daripada polis, kecuali untuk beberapa kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata, polis sudah diarah memfokuskan pematuhan SOP mulai sekarang.

https://bit.ly/3qufaiz

Leave a Reply