KEPADAMU KEKASIH

Izinkan kupinjam
BulanMu
buat penyeri malamku.
Kelak bercahaya imanku bilamana kumunajat padaMu

Izinkan kupinjam
MatahariMu
buat menyinari
siangku.
Kelak murah rezekiku
bila mana kulewati DhuhaMu.

Izinkan kupinjam
BintangMu
buat memagari tiap gerakku.
Kelak terkawal emosi
bilamana aku jalankan kewajipanku.

Izinkan kupinjam
PantaiMu
buat kujadikan hamparan.
Kelak lurus perjalanan hidupku
bilamana masih berdenyut nafasku.

Izinkan kupinjam
LautanMu
buat menghilangkan dahaga.
Kelak basah bibirku
dengan zikirMu
bilamana aku berdepan UjianMu.

Izinkan kupinjam
Dunia Mu
buat kujadikan jambatan,
Kebun amalan
dan rumah kemuliaan.
Buat menyemai kebaikan,
menginfaq keikhlasan,
mengutip ganjaran.
Kelak bila ternoktah jasadku ke destinasi kekal abadi, Kau Restui jasad ini.

Hajar Sharif
26 Jun 2016

 

-BebasNews

Leave a Reply