FOTO: Instagram.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

ISTERI penyanyi terkenal 1970an Engelbert Humperdinck, Patricia telah meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan Covid-19.

Pengumuman kematian dibuat oleh penyanyi itu sendiri melalui akaun media sosialnya semalam.

Beliau turut memohon maaf kerana menyepikan diri berikutan respons mencurah-curah daripada orang ramai, terutama peminat setelah dimaklumkan tentang keadaan isterinya sebelum ini.

Engelbert berkata pemergian isterinya yang tersayang itu amat menyedihkan seluruh keluarga.

Patricia dikatakan meninggal dunia dengan tenang malam semalam.

Pada 3 Februari lalu Engelbert, 84, juga didapati positif Covid-19, tetapi beliau lebih mengutamakan keadaan isterinya yang turut berdepan dengan penyakit Alzheimer.

Engelbert dan Patricia berkahwin selama 56 tahun dan mempunyai empat orang anak.

-BebasNews