Oleh Fetty Rara

VARIAN Covid-19 yang pertama kali dikesan di Kent, England dijangka menular dengan lebih meluas ke serata dunia, kata ketua program pemantauan genetik United Kingdom.

Prof Sharon Peacock memberitahu BBC bahawa varian baharu itu telah melanda UK dan bakal menular lebih meluas secara global.

Beliau berkata usaha untuk mencari penawar kepada jangkitan itu sekurang-kurangnya akan memakan masa 10 tahun lagi.

Setakat ini varian tersebut telah dikesan di lebih 50 negara.

Pertama kali dikesan di Kent, tenggara England pada September 2020 varian tersebut menular dengan begitu pantas beberapa bulan berikutnya hingga memaksa UK menguatkuasakan perintah ‘lockdown’ baharu pada Januari.

Menurut Prof Sharon paling membimbangkan ialah betapa mudahnya varian baharu itu menular.

Beliau mengunjurkan bahawa kebimbangan mungkin reda sekiranya virus itu bertukar bentuk menjadi kurang bahaya.

Buat masa ini beliau berkata dunia masih tertumpu pada varian asal Covid-19, tetapi beberapa pihak dalam kalangan saintis berpendapat bahawa usaha juga perlu dilakukan bagi mencari penawar kepada varian baharu itu.

-BebasNews