Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BRAZIL telah mencatatkan jumlah kematian sehari melebihi 2,000 buat kali pertama berikutan lonjakan serius kadar jangkitan.

Catatan semalam (Rabu) mencecah 2,286 kematian, lapor bbc.com.

Negara itu kini merekodkan jumlah kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, dengan jumlah kematian sebanyak 268,370.

Pakar kesihatan memberi amaran bahawa kadar transmisi jangkitan menjadi lebih teruk susulan penularan beberapa varian.

Bekas presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva lantang mengecam apa yang beliau sifatkan sebagai pendekatan ‘bodoh’ yang diambil oleh Presiden Jair Bolsonaro sepanjang pandemik.

Terbaharu, Bolsonaro yang sebelum ini mempeleceh pemakaian pelitup muka dilaporkan telah mula memakainya sejak semalam.

Lonjakan jumlah kes jangkitan dan kematian kini menyebabkan sistem kesihatan di semua bandar raya Brazil amat tertekan dan menghampiri kelumpuhan.

Hari ini merupakan ulang tahun pertama pengisytiharan pandemik Covid-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dunia telah mencatatkan lebih daripada 118 juta kes dengan 2.6 juta kematian.

-BebasNews

Leave a Reply