Hamid Bador

SENDIRI MAHU INGAT… Jika anda dikompaun kerana gagal mematuhi SOP Covid-19, bayaran bukan lagi RM1,000 tetapi dinaikkan kepada RM10,000.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata, tindakan itu bukan bertujuan menghukum atau mengutip wang dari orang ramai tetapi menyedarkan orang ramai bahawa virus berada di mana-mana.

Beliau berkata, langkah berkenaan diambil bertujuan mengelak keadaan pandemik menjadi lebih buruk lagi kerana perang ke atas Covid-19 belum berakhir.

Kadar denda baharu yang disasarkan kepada persalah yang berulang dikuat kuasa mulai tengah malam tadi berikutan pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit) 2021.

Hamid berkata, mereka yang dikenakan kompoun masih boleh merayu kepada pejabat kesihatan daerah untuk dikurangkan mengikut budibicara, lapor Sinar Harian.

Di antara kesalahan meliputi individu yang tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan hiburan tanpa lesen.

Sementara ini, Ketua Polis juga menggarahkan supaya kawalan sekatan jalan raya terus dipertingkatkan supaya pihak polis tidak dipersalahkan apabila wujudnya kluster antara negeri-negeri. – BebasNews

Leave a Reply