FOTO: Taco Bell.

Oleh Fetty Rara

DI AMERIKA Syarikat, langkah rangkaian restoran makanan segera Chipotle memperkenalkan hidangan baharu berupa quesadillas telah disambut dengan saingan oleh rangkaian restoran Taco Bell yang mengembalikan Quesalupa ke menu mereka.

Bagi ramai yang masih tidak tahu apa sebenarnya Quesalupa, ia adalah hidangan yang menggabungkan chalupa dan quesadilla.

Tapi, apakah pula gerangan chalupa? Tak mengapalah, yang penting diharapkan outlet pertama Taco Bell yang bakal dibuka di Cyberjaya akan menyediakan hidangan popular terkini di AS itu di Malaysia.

Chalupa merupakan kulit chalupa berintikan campuran cheese Pepper Jack dan cheese mozarella, daun salad, tomato dan daging lembu.

Quesalupa bukan sesuatu yang baharu kerana hidangan tersebut diperkenalkan pada 2016 hingga kini muncul sebagai menu paling popular Taco Bell.

Menurut portal lifesavvy.com ketua pegawai inovasi makanan global Taco Bell, Liz Mathews berkata dapur ujian syarikat tersebut telah berjaya menghasilkan versi Quesalupa yang lebih lazat dengan cheese tambahan.

Beliau berkata Taco Bell berasa terpanggil untuk menghasilkan Quesalupa ‘2.0’ itu setelah mendapati menu Quesalupa yang dikembalikan ke menu amat laris dijual.

FOTO: Taco Bell & Tropicana Gardens Mall.

-BebasNews

Leave a Reply