FOTO: Coconuts Manila.

Oleh Fetty Rara

PENYANYI veteran 70an Filipina Claire de la Fuenta, 62 meninggal dunia semalam tiga hari selepas dijangkiti Covid-19.

Menurut anak lelakinya, Gregorio de Guzman, Claire mengalami serangan jantung dalam tidur yang dipercayai disebabkan stres, selain mengidap tekanan darah tinggi dan diabetes.

Beliau memberitahu GMA Network bahawa keadaan ibunya macam biasa, tetapi kemudian mula terkesan disebabkan stres.

Pagi semalam keluarganya dimaklumkan bahawa Claire telah meninggal dunia ketika para doktor berusaha untuk memulihkannya.

Pada 26 Mac lalu Gregorio bersama ibunya telah menjalani ujian Covid-19, tetapi walaupun dia didapati tidak bergejala, ibunya pula mengalami batuk-batu, selesema dan demam tahap sederhana.

Claire kemudian dinasihatkan supaya dimasukkan ke hospital untuk pemantauan, tetapi beliau gagal mendapat bilik setelah mengunjungi dua hospital.

Susulan itu sejak 27 Mac beliau diletakkan di khemah luar Las Pinas Doctors Hospital sementara menunggu bilik dikosongkan.

Beliau dipindahkan ke Pope John Paul II Hospital dan Medical Center di Las Pinas sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika berada di bilik kecemasan.

Claire yang nama sebenarnya Clarita Crisostomo de la Fuente dibimbing oleh penggubah muzik terkenal George Canseco ketika masih menuntut di Universiti of the East apabila muncul memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan menyanyi.

-BebasNews

Leave a Reply