MyCar sentiasa menghulurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan bantuan.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM


SELEPAS dua kali melakukan transformasi, kini platform MyCar 3.0 yang dibangunkan oleh kakitangan Platform Apps Sdn. Bhd., sudah semakin berkembang dan mampu bergerak sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Noah Maideen berkata, MyCar 3.0 adalah digital platform yang akan berkembang luas di seluruh negara dari sudut pemasaran dan operasi.

“MyCar 3.0 adalah satu inovasi yang dibuat oleh rakyat tempatan dan ini adalah satu kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Pada semua pengguna diharap dapat install atau nyahaktif version 1.0 atau 2.0 kepada 3.0 yang lebih sofistikated.

Ruangan ini akan dibangunkan sebagai MyMakan Kafe, lokasi untuk pemandu e-hailing berkumpul.

“Untuk download MyCar3.0 senang saja, pergi ke Google Play Store dan taip MyCar. Kami mahu pengguna tahu bahawa platform yang digunakan sebelum ini tidak lagi kena mengena dengan MyCar.

“MyCar 3.0 lebih baik dan mempunyai banyak fungsi yang akan kita tambah dari masa ke semasa. Terutama dari segi ganjaran mata yang kita akan perkenalkan dan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna,” jelasnya tentang kebaikan MyCar 3.0 berbanding edisi lama.

MyCar prihatin dengan nasib bekas dan petugas media yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Tambahnya, dari masa ke semasa pihak MyCar akan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan platform di bawah naungan MyCar 3.0 yang akan dikembangkan di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

“Insya-Allah kita akan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan platform di bawah naungan MyCar 3.0. Ini juga adalah super apps yang kita akan kembangkan di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

“Dalam masa terdekat ini, kita merancang untuk memulakan operasi di Indonesia pada Mei dan Singapura, Julai nanti. Kita pilih Indonesia kerana pemandu-pemandu di sana tahu bahawa MyCar adalah e-hailing kedua di Malaysia dan merupakan aplikasi pertama dari Malaysia yang akan beroperasi di negara berkenaan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan prihatin media yang diadakan di Ibu Pejabat MyCar, Setia Alam, Shah Alam pada 3 April lalu.

Tambah Noah, sekiranya keadaan semasa semakin pulih, pihaknya juga akan memulakan perkhidmatan MyCar di Thailand dan negara jiran yang lain jika mendapat permintaan.

Dari kiri, Mohamad Azfar Afandi Zulkefly, Azman Ujang dan Mohd.Noah Maideen pada majlis penyerahan sumbangan prihatin media di Setia Alam, baru-baru ini.

“Memandangkan MyCar adalah platform kita sendiri, jika mendapat permintaan daripada pihak luar, kita akan pergi ke negara tersebut. Kita boleh membuat perkhidmatan di mana-mana negara dan benua yang lain. Ini adalah satu produk negara yang akan kita eksport ke negara lain.

“Kita akan pastikan di negara mana yang bakal kita beroperasi, semuanya dilaksanakan mengikut proses undang-undang yang ada di negara tersebut, termasuklah dari segi penggunaan bahasa,” jelasnya yang juga akan memperkenalkan MyMakan tidak lama lagi.

Katanya, MyMakan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan restoran. Satu portal untuk pendaftaran kepada pemilik resotran akan dimuat naik dalam MyCar.

Ujar Noah, antara kelebihan MyMakan adalah menawarkan komisyen yang lebih rendah berbanding dengan aplikasi makan yang sedang popular pada hari ini. Beliau berharap dengan adanya MyMakan dapat memberi alternatif yang terbaik kepada pengguna yang mengharapkan makanan halal.

Selain itu, pihak MyCar juga bercadang untuk membuka sebuah kafe iaitu MyMakan Kafe. Kata Noah, premis tersebut bukan sekadar kafe saja tapi lebih kepada tempat untuk pemandu MyCar berkumpul.

Pelepasan sumbangan bergerak 50 penerima oleh MyCar kepada NGO.

“Lokasi ini sebenarnya sebuah kafe yang kita akan buka iaitu MyMakan Kafe. Akan dijadikan tempat driver centre, mereka datang sini untuk buat pendaftaran atau memperbaharui dokumen. Dalam masa sama kita akan sediakan makanan dan minuman percuma kepada pemandu MyCar pada setiap Sabtu.

“Kafe ini selewat-lewatnya akan dibuka selepas raya. Selain pembukaan MyMakan Kafe di sini, kita juga ada kerjasama dengan stesen minyak, di mana kita akan buka MyMakan Kafe di stesen terpilih,” jelasnya.

Sempena majlis penyerahan sumbangan prihatin media, pihak MyCar menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak dan sebagainya kepada 20 penerima yang terdiri daripada bekas dan petugas media.

Turut hadir, Pengerusi MyCar, Datuk Noor Sheena Maiden, Presiden Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM), Mohamad Azfar Afandi Zulkefly dan bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang.

BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply