Oleh Yusoff Ahmad Shariff
EMPAT lelaki ditangkap berikutan kejadian serangan ke atas seorang pemandu yang terbabit dalam kemalangan di Klang.
Dua klip video berdurasi 0.24 saat kejadian pada kira-kira pukul 4.30 petang itu dirakam oleh mangsa dan menjadi tular menunjukkan sekumpulan lelaki memecahkan cermin keretanya.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang memandu bersama sepupunya di taman Sentosa, Klang dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dinaiki oleh empat Melayu yang bertindak memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dari kereta, lalu memukulnya dengan kayu dan merampas telefon bimbit milik sepupunya.
Polis Daerah Klang Selatan telah mengesahkan menerima laporan berkaitan video tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 dan 427 Kanun Keseksaan.
Menurut polis ujian mendapati bahawa kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah methamphetamine.
-BebasNews