Know It All Box menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.

SEKARANG ini cara mudah ibu bapa nak bagi anak kecil diam adalah dengan memberi gajet. Bila sudah mendapat gajet, anak-anak tidak akan hirau orang sekeliling. Akhirnya, ibu bapa yang terasa dipinggirkan.

Salah satu cara untuk ibu bapa meluangkan masa atau berinteraksi dengan anak-anak yang berusia antara tiga hingga tujuh tahun adalah dengan melakukan aktiviti bersama.
Tidak perlu pergi jauh, cukup dengan hanya memiliki kotak serba guna iaitu Know It All Box keluaran Green Bag by CIC, anak syarikat CIC Where Leaders Are Born (CIC).

Know It All Box bukan sebarang kotak kerana ia bersifat pembelajaran dan pendidikan. Di dalamnya mengandungi pelbagai aktiviti dengan tema yang variasi untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Malah kotak ilmu itu juga mampu memberi rangsangan yang lebih berfaedah dan mengurangkan pendedahan kepada gajet yang merbahayakan kanak-kanak.

Qutren Nada Ahmad harap Know It All Box dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Qutren Nada Ahmad berkata, Know It All Box juga sesuai kepada ibu bapa yang baru melibatkan diri dalam proses pembelajaran anak-anak.

“Ibu bapa yang mahu anak-anak menguasai kemahiran kendiri, konotif dan sosial, kotak ini dapat membantu perkembangan minda kanak-kanak, khususnya untuk kanak-kanak berusia tiga hingga tujuh tahun.

“Ada 12 kotak, setiap bulan akan dikeluarkan satu kotak. Dalam setiap kotak itu mempunyai empat aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan bersama anak-anak atau membimbing mereka dengan mengikuti rakaman video dan live video online, interaksi antara guru dan murid-murid,” katanya sewaktu pelancaran Know It All Box, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, setiap kotak dibekalkan dengan aktiviti dan tema berbeza yang mampu menarik perhatian kanak-kanak. Antara tema yang diketengahkan dan bakal diterokai oleh kanak-kanak adalah Yes, I Can Do It, When I Grow Up, Down On The Farm, CIC’s Pocket, My Mother/My Queen/My Teacher & My Happiness, Food & Nutrition, A Box To The World dan Nature All Around Me.

Ujarnya, Know It All Box memberikan penekanan kepada tiga E iaitu Experience, Experiment dan Exploration bagi membantu perkembangan anak-anak yang sedang membesar.

“Diharapkan dengan kemunculan kotak ini kita dapat membantu perkembangan anak-anak di luar sana. Sebagaimana yang kita maklum, dunia sekarang, cabarannya agak global.
“Jadi untuk memastikan anak-anak kita mampu bersaing di peringkat antarabangsa kita harus memberikan sebaik mungkin pengalaman kepada anak-anak kita agar mereka setanding di peringkat antarabangsa,” katanya.

Selain sesuai untuk ibu bapa bagi mengeratkan hubungan dengan anak-anak, kotak ilmu ini juga boleh diguna oleh guru-guru dan pengasuh yang memerlukan silibus pembelajaran yang sistematik untuk kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Kata Qutren Nada, kotak ini memberi pelaburan yang berbaloi berbanding barang permainan yang tiada pembelajaran. Kelebihan kotak ini, ia mempunyai susunan aktiviti yang dirancang secara sistematik agar dapat merangsang perkembangan kanak-kanak bagi membantu mereka berjaya.

Beliau menjelaskan, Know It All Box perlu dilanggan oleh ibu bapa dengan kadar bayaran RM118 untuk hanya sebulan dengan menerima empat aktiviti di dalam kotak berkenaan.

Bagaimanapun, jika ibu bapa melanggan selama 12 bulan, kadar bayarannya hanya RM69 sahaja untuk setiap bulan, ini menunjukkan syarikat telah memberi potongan harga yang menarik untuk langganan pakej tersebut.

Kotak pembelajaran ini sesuai untuk kegunaan guru tadika atau pengasuh.

“Kami menyediakan 1,000 kit pembelajaran ini untuk dilanggan oleh ibu bapa, guru tadika dan juga pengasuh kanak-kanak, kami yakin ia akan mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan,” jelasnya.

Syarikat juga mempelawa orang ramai di luar sana untuk menjadi ejen atau perunding pendidikan untuk berkongsi ilmu melalui produk berkenaan selain menambah pendapatan tambahan bulanan.

Sementara itu, majlis pelancaran itu juga menyaksikan CIC telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Global Art untuk menjadi rakan kerjasama dalam bidang seni kreatif. Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid. – BebasNews

Leave a Reply