Oleh Fetty Rara

KEMENTERIAN Kesihatan mengunjurkan bahawa Malaysia boleh menyaksikan lebih daripada 3,000 kes Covid-19 setiap hari menjelang Hari Raya Aidilfitri bulan depan sekiranya ketidakpatuhan terhadap SOP berterusan.

Berdasarkan carta ramalan terbaharu yang disiarkan melalui Twitter pada pagi ini (23 April) akhir Mei akan menyaksikan kira-kira 5,000 kes sehari jika SOP terus tidak dipedulikan.

Bagaimana pun, jumlah kes mampu turun kepada 500 jangkitan sehari menjelang Hari Raya yang dijangka jatuh pada 13 Mei jika SOP diamalkan dengan ketat.

Susulan itu jumlah kes harian akan turun kepada kurang daripada 500 menjelang Mei jika semua orang patuh SOP.

Semalam (22 April) sebanyak 2,875 kes baharu dicatatkan, iaitu jumlah paling tinggi sejak dua bulan untuk merekodkan angka kumulatif sejak pandemik bermula tahun lalu kepada 384,688.

-BebasNews

Leave a Reply