Foto ihsan Polis Daerah Hulu Selangor
Oleh Arrazzaq Nazri

SHAH ALAM – Polis Selangor akan menambah jumlah sekatan jalan raya (SJR) di setiap daerah di negeri ini bermula hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, bagi kesemua daerah di bawah PKP, pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas urusan kecemasan.

“Langkah itu bertujuan untuk menyekat sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah daripada berlaku terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas urusan kecemasan di semua daerah yang dikenakan PKP,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arjunaidi berkata, pihaknya juga akan terus meningkatkan pemantauan di bazar Aidilfitri, pusat beli-belah dan tempat tumpuan orang ramai bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) di negeri itu dijadual bermula hari ini hingga 17 Mei nanti. –BebasNews

Leave a Reply