UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus Skudai dan Kuala Lumpur susulan lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara.

Semua surat kelulusan masuk kampus yang diterima pelajar melalui sistem UTMSMART atau surat kebenaran turut terbatal, manakala permohonan baharu kemasukan ke kampus melalui sistem itu turut ditutup sehingga dimaklumkan.

Utusan Malaysia melaporkan pekeliling dikeluarkan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang bertarikh 11 Mei memaklumkan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka yang dijadualkan bermula selepas cuti Aidilfitri dibatalkan sehingga akhir tahun akademik ini.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Shamsul Sahibuddin dilaporkan berkata, pelajar yang pulang ke kampung dari 7 hingga 12 Mei lalu, perlu kembali ke kampus mulai semalam hingga 20 Mei ini.

Universiti awam dibuka semula Mac lalu, susulan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi pada Disember 2020. Keputusan itu kekal walaupun selepas perintah kawalan pergerakan selama dua minggu di enam negeri Januari lalu.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/16/utm-tangguh-kepulangan-pelajar-ke-kampus/

Leave a Reply