LEBIH BANYAK KORBAN…Tidak cukup dengan membiarkan Israel membunuh rakyat Palestin dengan menyekat usaha semasa untuk mencapai gencatan senjata, pentadbiran Amerika Syarikat mahu meluluskan pula penjualan peluru berpandu pintar bernilai AS$735 juta kepada negara Yahudi itu.

Kongres dimaklumkan tentang penjualan itu seminggu sebelum tercetusnya pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza, lapor akhbar The Post.

Sesetengah penggubal undang-undang AS hanya mengetahuinya pada hujung minggu lalu dan kebiasaannya mempunyai 15 hari untuk membantah penjualan tersebut.

Beberapa orang pemimpin Demokrat dilaporkan tidak menyenangi dengan penjualan tanpa syarat itu berusaha mendapat maklumat lanjut mengenainya.

“Tindakan membenarkan penjualan bom pintar tanpa memberikan tekanan kepada Israel menyetujui gencatan senjata hanya membenarkan berlakunya lebih banyak pembunuhan,” kata seorang ahli Parlimen Demokrat yang menganggotai Jawatankuasa Luar Negara.

“Membolehkan penjualan bom pintar yang dicadangkan ini dilakukan tanpa memberi tekanan kepada Israel untuk menyetujui gencatan senjata hanya akan memungkinkan pembunuhan lebih jauh,” kata seorang ahli parlimen Demokrat di Jawatankuasa Luar Negeri.

Bulan lepas, Senator Bernie Sanders dan Elizabeth Warren pernah menyeru supaya bantuan AS kepada Israel tidak seharus dilakukan sewenang-wenang sehingga menjejaskan prospek penyelesaian dua negara dalam isu Palestin. Bagaimanapun, ia gagal meraih sokongan.

Ketika pilihan raya AS tahun lepas, calon Naib Presiden dari parti Demokrat Kamala Harris sendiri menyatakan pentadbiran Biden tidak akan mengenakan syarat dalam pemberian bantuan kepada Israel. – BebasNews

Leave a Reply