Oleh Fetty Rara

SEORANG hakim mahkamah persekutuan di Amerika Syarikat telah menolak saman yang dikemukakan oleh beberapa kakitangan sebuah hospital di Texas yang enggan divaksinasi.

Menurut CBS, kira-kira 200 kakitangan hospital Houston Methodist telah digantung kerja pada minggu lalu kerana gagal mendapatkan vaksinasi penuh, seperti mana diwajibkan oleh hospital tersebut.

Seramai 117 daripada 178 kakitangan terbabit telah menyaman hospital itu berdasarkan dakwaan kononnya mereka diperalatkan bagi tujuan eksperimen dan mengetepikan tanggungjawab mereka bekerja untuk menyara keluarga masing-masing.

Hakim Lyn N.Hughes berkata dakwaan bahawa vaksin Covid-19 berbahaya adalah kepalsuan semata-mata dan tidak relevan.

Beliau berkata undang-undang Texas hanya akan menyebelahi pihak pekerja sekiranya diarahkan oleh majikan untuk melakukan sesuatu jenayah, dan vaksinasi Covid-19 bukannya jenayah.

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply