KUALA LUMPUR – Jika nama perdana menteri – Mahiaddin Md. Yasin – termaktub dalam MyKad , perlukah ada dua bentuk penggunaan yang ditetapkan – satu untuk urusan rasmi dan satu lagi untuk kegunaan rakyat jelata dan media.

Jika nama Muhyiddin Yassin sudah tidak sah digunakan, sewajarnya pemakaian nama tersebut dihapuskan terus.

Tindakan mengekalkan dua nama untuk seorang individu yang sama tidak sewajarnya berlaku. Ini hanya akan menambah kekeliruan apatah lagi jika individu berkenaan merupakan pemimpin yang penting dalam negara.

Sebelum ini satu tertular memo perhubungan Pejabat Perdana Menteri di media sosial mengarahkan penggunaan nama ‘Mahiaddin Md. Yasin’ atau ‘Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Haji Md. Yasin’ bagi semua urusan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan berkuat kuasa serta-merta.

Memo bertarikh 3 Jun 2021 yang ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri, Marzuki Mohamad itu dipercayai dikeluarkan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 April lalu membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani Perdana Menteri yang menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri kerana tidak menggunakan nama dalam MyKad.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Norsharidah Awang memutuskan bahawa di bawah Akta Fungsi Menteri 1969, Perdana Menteri mesti menggunakan nama Mahiaddin Md. Yasin yang diwartakan seperti yang dinyatakan dalam MyKad miliknya.

– BebasNews

Leave a Reply