Faisal Zelman Abdul Malik

KUALA LUMPUR – Central Global Bhd akan terus mencari peluang-peluang baharu dalam sektor pembinaan melalui perkongsian strategik yang dilihat sebagai cara terbaik untuk melangkah ke hadapan.

Pengerusi Eksekutif Datuk Faisal Zelman, pihak juga akan menambah baik kemudahan perkilangan untuk menjadikan pengeluarannya lebih produktif dan kos efisien.

“Kami telah meraih projek pembinaan di Lahad Datu, Sabah bernilai RM101 juta. Kami juga sedang berbincang mengenai beberapa projek pembinaan.

“Kami kekal optimis dalam berjaga-jaga dan akan terus memantau perubahan kesan daripada pandemik COVID-19 dan melakukan perubahan sewajarnya kepada operasi harian dengan tidak menjejas besar perniagaan,” kata beliau.

Faisal berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 secara maya hari ini.

Pada AGM itu, para pemegang saham Central Global meluluskan resolusi untuk memilih semula Faisal, pengarah eksekutif Tobby Tan dan pengarah bebas Lee King Loon untuk menganggotai Lembaga Pengarah.

Ketiga-tiga mereka dilantik ke lembaga pengarah pada 26 Februari 2021.

Pada masa yang sama Baker Tilly Monteiro Heng PLT telah dipilih sebagai juruaudit Kumpulan itu.

Turut diluluskan pada AGM berkenaan, penempatan persendirian Central Global sebanyak 18 juta saham baharu bagi menambah baik kapasiti keupayaan perkilangan selain membiayai projek pembinaan sedia ada di Pulau Pinang.

– BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply