PADA saya tidak salah untuk mengibarkan bendera putih. Malah, jika ianya boleh mencegah mudarat yang lebih teruk, ianya harus dibuat.

Daripada anak-anak kebuluran di rumah atau bunuh diri kerana tekanan, lebih baik kibarkan bendera putih untuk minta bantuan supaya sesiapa yang boleh bantu dapat hulurkan bantuan segera.

Apalah gunanya ego dan malu jika berdiam dengan kesengsaraan.

Semasa saya mengetuai Sukarelawan Malaysia dahulu, saya telah jumpa ramai orang susah.

Di Malaysia ini memang masih ramai orang susah, dan di kala wabak COVID-19 dan PKP ini, jumlah mereka semakin bertambah.

Dan kerajaan juga perlu ketepikan ego mereka apabila rakyat kibarkan bendera putih.

Sepatutnya kerajaan yang pertama sekali beri bantuan kepada sesiapa yang kibarkan bendera putih, bukan suruh rakyat turunkan bendera putih kerana kerajaan malu lantas menuduh ianya propaganda.

Rakyat yang sengsara ini benar, tiada siapa yang ingin kibar bendera putih untuk mohon bantuan jika mereka tidak benar-benar tertekan dan tiada arah.

Kepada kerajaan, ketepikan ego, dan bantulah rakyat.

ISHAM JALIL
2 Julai 2021

Leave a Reply