Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEBUAH video yang ditularkan dalam media sosial kononnya kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk melakukan perjalanan merentas daerah dan negeri adalah palsu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu tweet berkata pada Khamis (22 Julai) bahawa video sepanjang 20 saat itu adalah versi yang telah diubah daripada video asal yang dikeluarkan pada 1 April lalu.

Ia memberikan gambaran kononnya perjalanan merentas daerah dan negeri telah diluluskan oleh kerajaan.

-BebasNews

Leave a Reply