Oleh Shahir Kassim

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon pengeluaran i-Citra apabila bayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos ini.

KWSP menerusi poster yang disiarkan menerusi Facebook hari ini memaklumkan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja bergantung kepada prosedur institusi kewangan.

“Bayaran i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini. #kwspicitra #kwspahli #kwspinfo,” ujar kenyataan tersebut.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Proses permohonan pengeluaran i-Citra mula dibuat oleh pencarum KWSP mulai 12 Julai iaitu tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal 15 Julai.

KWSP turut memaklumkan bayaran i-Sinar bagi Ogos akan dibuat lebih awal iaitu pada Isnin dan Selasa ini.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu ke lima hari bekerja bergantung kepad prosedur bank.

– BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply