GAMBAR: Wikimedia Commons.

 

Oleh Fetty Rara

AUSTRALIA telah mengerahkan ratusan tentera ke Sydney bagi membantu menguatkuasakan perintah ‘lockdown’ di bandar raya itu.

Keadaan menjadi semakin meruncing apabila varian Delta menular dengan agresif sejak Jun lalu hingga mengakibatkan hampir 3,000 jangkitan dan sembilan kematian, lapor bbc.com.

Bagi tujuan itu semua anggota tentera yang terbabit akan menjalani latihan pada hujung minggu ini sebelum ditugaskan untuk meronda di kawasan berkenaan pada Isnin depan.

Bagaimana pun, ramai penduduk mempersoalkan sama ada perlu campur tangan tentera dan menganggapnya sebagai keterlaluan.

Perintah ‘lockdown’ di Sydney yang berkuat kuasa hingga 28 Ogos melarang orang ramai keluar dari rumah, kecuali untuk tujuan penting.

Bagaimana pun, sejak lima minggu ‘lockdown’ dikenakan kadar jangkitan masih tidak turun, sebaliknya semakin rancak menular.

Pada Jumaat (30 Jun) Sydney mencatatkan sebanyak 170 kes baharu.

Anggota tentera akan ditugaskan bersama anggota polis di zon-zon panas bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan, termasuk syarat had perjalanan tidak melebihi jarak 10km.

Ketua polis New South Wales David Elliot berkata tindakan itu perlu kerana terdapat segelintir orang ramai yang menganggap diri mereka istimewa dan terkecuali daripada peraturan ‘lockdown’.

-BebasNews

Leave a Reply