KUALA LUMPUR – Istana Negara menafikan desas-desus bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diperkenan mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini.
Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkhabaran itu adalah palsu, lapor FMT.
PKR dilaporkan akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.
Sebelum ini, laporan memetik sumber berkata, Anwar akan menemui Yang Di-Pertuan Agung di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota di Pahang pada pukul 2.30 petang hari ini.
Desas-desus ini timbul ketika berlakunya krisis apabila Seri Paduka pada Khamis lalu mengeluarkan kenyataan menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada 26 Julai lalu tentang pembatalan Ordinan Darurat adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli Dewan Rakyat.
Pejabat Perdana Menteri, bagaimanapun mempertahankan langkahnya membatalkan Ordinan Darurat dengan mengatakan ia dilakukan mengikut lunas-lunas undang-undang.
– BebasNews