Oleh Zainal AS Rashid
HARI terakhir mesyuarat khas Parlimen telah ditangguhkan hingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Melalui satu kenyataan setiausaha parlimen Nizam Mydin Bacha Mydin berkata penangguhan adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan setelah penilaian risiko dibuat oleh Kementerian Kesihatan berikutan beberapa kes jangkitan Covid-19 di parlimen baru-baru ini.
Beliau berkata dengan itu maka Parlimen dianggap sebagai lokasi berisiko tinggi.
Menurut Nizam Mydin satu arahan dikeluarkan oleh Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon supaya semua Ahli Parlimen dimaklumkan bahawa Parlimen tidak akan bermesyuarat pada 2 Ogos.
-BebasNews