KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan jangkitan harian Covid-19 sebanyak 21,468 kes, manakala 277 kematian direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 241,187 kes aktif dengan 1,075 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 537 memerlukan bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,363,683 kes, manakala kes sembuh pula sebanyak 17,025 kes, dengan 1,110,528 jumlah kumulatif kes.

Sementara itu, sebanyak 277 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 11,968 kes.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,449 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316), Kelantan (1,088), Negeri Sembilan (974), Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (enam).

Daripada jumlah kes baharu itu, 25 ialah kes import dan baki 21,443 kes penularan tempatan membabitkan 17,584 warganegara dan 3,859 warga asing.

Hisham berkata, 670 kes atau 3.1% daripada jumlah kes baharu hari ini adalah Kategori 3, 4 dan 5, manakala 20,798 kes (96.9%) lagi dalam Kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, hanya 2,703 kes (12.6%) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini lengkap vaksinasi,” katanya dalam kenyataan.

Daripada 277 kematian itu, 222 membabitkan warganegara dan 55 warga asing, dengan 96 daripadanya hanya dikesan positif Covid-19 selepas mayat mereka dibawa ke hospital.

Selangor mencatatkan angka korban tertinggi dengan 108 kes, diikuti Kuala Lumpur (66), Johor (26), Negeri Sembilan (18), Sabah (15), Kedah (14), Melaka (11), Pulau Pinang (enam), Kelantan (lima), Perak (tiga), Terengganu (tiga) serta Pahang (dua).

Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 1.05 setakat semalam.

Perlis terus mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.33, disusuli Sabah (1.20), Kelantan (1.20), Pulau Pinang (1.17), Sarawak (1.17), Kedah (1.14), Perak (1.14), Johor (1.13), Terengganu (1.12), Pahang (1.07), Negeri Sembilan (1.04), Melaka (1.03), Kuala Lumpur (1.02), Selangor (1.00), Putrajaya (0.95) dan Labuan (0.64).

https://bit.ly/2Uip8IC

Leave a Reply