KUALA LUMPUR-Datuk Seri Azalina Othman Said mempersoal kepada rakan sejawatnya, Datuk Mohd. Rashid Hasnon sama ada telah membaca surat atau belum.

Ingatan dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga ahli Parlimen Pengerang itu dalam ciapan Twitter semalam.

“Surat bertarikh 9 Ogos 2021 salinannya kepada kita berdua, dah baca ke belum @hjrashidjohor,” katanya.

Satu portal berita memaklumkan pihak Istana Negara sebelum ini menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang memintanya mengesahkan jumlah sokongan terkini ahli Parlimen kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, menerusi ciapan Twitter sama, Azalina juga berkongsi satu laporan portal yang memetik kenyataan Mohd. Rashid apabila Ahli Parlimen Batu Pahat itu mengatakan tidak pernah Yang di-Pertuan Agong berkomunikasi secara langsung dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan soal Parlimen.

Azalina kemudian menjawab perkara itu dengan memuat naik gambar pertemuan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta timbalan-timbalan masing-masing bersama Seri Paduka di Istana Negara pada 29 Jun lalu.

Leave a Reply