Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PAKATAN Harapan (PH) sedia mempertimbangkan pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu (25 Ogos) Majlis Presiden PH menyatakan kepentingan menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi negara yang meleset secara bersama.

Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH beri jaminan sekiranya program pro rakyat, program menangani COVID-19 lebih berkesan, maka mereka tiada masalah untuk menjamin keadaan lebih terkawal.

Beliau berkata pembangkang tidak akan menyusahkan kerajaan yang diterajui Ismail Sabri.

GAMBAR: Jabatan Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian kepada media susulan pertemuan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu (25 Ogos).

“Kita beritahu (kepada Perdana Menteri) kalau suasana dan program-program itu agak pro rakyat kita tak akan persulitkan.

Anwar mengulas tentang gesaan agar usul undi percaya terhadap Ismail Sabri dibuat pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyertai pertemuan atas jemputan Pejabat Perdana Menteri itu.

Pada Ahad lalu Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri telah mempelawa kepimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Bagi PH matlamatnya ialah untuk menjadi pembangkang berkesan melalui kritikan, teguran, syor, pandangan membina dan bertanggungjawab, selain membentangkan cadangan alternatif yang sesuai kepada Kerajaan.

–BebasNews

Leave a Reply