KUALA LUMPUR – Sebatang jalan utama di Palestin kini diabadikan dengan nama Malaysia yang menyambut Hari Kemerdekaan ke-64.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam catatan terbaharu di Facebook, Malaysia Street ini merupakan salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza dan terletak berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa di sini.

“Pemilihan lokasi ini menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka. Perasmian jalan pagi tadi disempurnakan dengan kehadiran Datuk Bandar Gaza, Dr. Yahya As-Sarraj dan Pengarah MyCare di Gaza, Dr. Ziad Shehadah serta rakan-rakan media tempatan.

“Tahniah Malaysia! Kita sudah bertapak di Palestin,” katanya.

– BebasNews

Leave a Reply