Oleh Zainal AS Rashid

Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad telah meninggal dunia.

Allahyarham yang berusia 78 tahun meninggal dunia di rumahnya di Bukit Sentosa, Selangor kerana sakit tua.

Menurut BH Online, kematian disahkan oleh anaknya, Kamarul Zaidi Kamaruddin.

Allahyarham dilaporkan mengidap diabetes dan masalah prostat.

Kamarul berkata ayahnya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu hingga menyusut berat badan.

Kamaruddin bertugas dengan RTM selama 20 tahun dan pernah bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud menyampaikan berita untuk stesen TV kerajaan itu.

Beliau meninggalkan seorang isteri, lapan anak, 17 cucu dan enam cicit.

Jenazah dikebumikan di kawasan perkuburan Bukit Beruntung, Selangor tengah hari Khamis.

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply