Datuk Seri Abdul Hadi Awang

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengekalkan pelantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan menjelaskan, ini termasuk pelantikan Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China.

“Datuk Seri Richard Riot juga kekal sebagai Duta Khas ke Asia Timur,” katanya.

Abdul Hadi dilantik memegang jawatan berkenaan semasa pentadbiran kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April tahun lalu.

– BebasNews

Leave a Reply