Thursday, December 2, 2021
Home Belasungkawa Tan Sri Zaman Khan kembali ke rahmatullah

Tan Sri Zaman Khan kembali ke rahmatullah

534
0

INNALILLAH hiwa inna ilaihiroji’un.

Dukacita dimaklumkan bahawa Tan Sri Zaman Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Pengarah Penjara telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.14 pagi Sabtu (11 Sept).

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh Pengerusi dan Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Mohamed Hanif Omar.

Pada awal Ogos Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah pengsan ketika menunggu untuk menjalani pemeriksaan doktor.
Allahyarham juga pernah menjalani rawatan di hospital yang sama pada Januari tahun lalu kerana mengalami pendarahan di bahagian usus.
 Jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.
BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply