KUALA LUMPUR- Sejumlah 89.7 peratus atau 21,003,074 individu dewasa di negara ini telahpun lengkap vaksinasi sehingga semalam, kurang 0.3 peratus daripada sasaran imuniti kelompok iaitu sebanyak 90 peratus.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yakcob sebelum ini berkata, perjalanan merentas negeri hanya dibenarkan jika 90 peratus individu dewasa divaksin sepenuhnya.

Berdasarkan data portal Covidnow Kementerian Kesihatan, sejumlah94.7% atau 22,176,018 individu dewasa telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Sejumlah 83,443 dos vaksin diberikan semalam dengan 8,236 merupakan dos pertama manakala 75,207 dos kedua, ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksin di bawah program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 43,067,793.

Bagi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun, 6.5 peratus lengkap divaksin manakala 71.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bilangan mereka yang belum divaksin dalam kategori ini kekal 28,5 peratus.

Dari segi jumlah penduduk secara keseluruhan, 64.9 peratus telah lengkap divaksinasi, 74.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 25.2 peratus kekal belum divaksinkan.- BebasNews

Leave a Reply