GAMBAR: Instagram.

NEW YORK – Seorang pemuda Islam berasal dari Mesir telah berjaya menawan hati anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates dan kedua-duanya dilaporkan telah berkahwin di New York, pada Jumaat lalu,.

Perkahwinan Jennifer, 25 dengan Nayel Nassar, 30, dilakukan dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan mengikut Islam.

Majlis berkenaan berlangsung di sebuah ladang kuda yang menjadi milik anak perempuan Gates seluas 57.46 hektar di North Salem, New York manakala majlis perkahwinan besar-besaran pula diadakan di rumah Jennifer di Westchester, New York pada Sabtu lalu dengan dihadiri kira-kira 300 orang tetamu, lapor Sinar Harian.

Anak perempuan Gates itu meminta mereka yang datang ke majlis perkahwinan tersebut mendapatkan vaksin Covid-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Pada Ahad pula, satu majlis makan tengah hari diadakan di sebuah restoran.

Gates dan bekas isterinya, Melinda yang mengumumkan perceraian pada Ogos lalu menyiarkan gambar-gambar perkahwinan anak perempuan sulung mereka itu di akaun Instagram masing-masing.

Mereka berdua turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

– BebasNews

Leave a Reply