Photo by tasnim umar on Unsplash

KUALA LUMPUR – Bakal jemaah umrah perlu memahirkan diri dan memiliki telefon pintar jika mahu menunaikan umrah, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

Beliau berkata, setiap pergerakan di Makkah memerlukan penggunaan aplikasi untuk mendaftar masuk di setiap lokasi.

“Ini kerana, contohnya aktiviti tawaf, solat lima waktu di masjid, semua perlu tunjuk permit dan kad vaksinasi pada telefon masing-masing,” kata beliau dalam program Agenda Awani, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, dari segi penggunaannya, mungkin perlu dirujuk kepada orang yang lebih  tahu menggunakan telefon pintar.

“(Tapi) Itu yang perlu kita tahu dan terima dulu sebelum kita membayar (caj umrah) dan meneruskan perjalanan,” tambah beliau.

Ahmad Ruzman juga mengingatkan orang ramai supaya memilih ejen pelancongan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berwajib.

“Memang ada banyak ejen pelancongan, ada ribuan daripada mereka tetapi yang melesenkan umrah tidak terlalu banyak,” kata beliau.

BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply