ILUSTRASI: Carlos Latuff.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

ISRAEL pada Jumaat mengisytiharkan haram enam kumpulan hak asasi manusia Palestin sebagai pertubuhan haram, dan sekali gus meningkatkan lagi tekanan terhadap aktivis politik di kawasan yang didudukinya.

Pengisytiharan tersebut seolah-olah merintis jalan bagi rejim Yahudi itu menyerbu dan menggeledah mana-mana pejabat dan harta benda kumpulan hak asasi Palestin.

Kebanyakan daripada kumpulan yang disasarkan telah mengumpul bukti pencabulan hak asasi manusia oleh Israel dan pihak berkuasa Palestin (PA) yang dikatakan sering menahan para aktivis Palestin, lapor nbcnews.com.

Israel turut dikecam oleh beberapa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, termasuk kumpulan hak asasi di Israel sendiri dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mereka, antara lain merujuk kepada tindakan Israel yang mengharamkan sebarang aktiviti politik, walaupun aman di wilayah Tebing Barat yang diduduki oleh Israel.

Kumpulan terbabit termasuk Al-Haq, sebuah kumpulan hak asasi manusia yang ditubuhkan pada 1979, kumpulan Addameer, Kumpulan Perlindungan Kanak-Kanak Antarabangsa Palestin, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Bisan, Kesatuan Jawatankuasa Wanita Palestin dan Kesatuan Jawatankuasa Pertanian Palestin.

Alasan yang diberikan oleh kementerian pertahanan Israel ialah kerana kononnya kesemua kumpulan tersebut mempunyai kaitan dengan pertubuhan sayap kiri barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) dan beberapa sayap bersenjata yang melancarkan serangan terhadap Israel.

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply