PENGARAH tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi.

Khabar duka itu tular di media sosial, Friends of PDRM sejak pagi tadi.

Menurut laporan media massa, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh esok,” kata satu kenyataan.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Penerbit hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.

Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

BebasNews

Leave a Reply