GAMBAR: kremlin.ru, CC BY 4.0 , via Wikimedia Commons.

Oleh Fetty Rara

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada Ahad (24 Okt) berkata beliau telah mengarahkan supaya 10 duta asing di Turki diusir dari negara itu.

Tindakan itu menyusul setelah kesemua duta terbabit, termasuk duta Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman mengeluarkan kenyataan bersama pada awal minggu ini mendesak supaya diselesaikan kes membabitkan ahli perniagaan dan dermawan, Osman Kavala yang dipenjara sejak 2017 walaupun didakwa tidak melakukan sebarang jenayah.

Erdogan yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai ‘kurang ajar’ berkata dengan arahan ‘pesona non grata’ itu kesemua mereka tidak lagi diterima di Turki, lapor portal berita Pittsburgh, wtae.com.

Beliau berkata mereka perlu mengiktiraf, memahami, mengenali Turki, dan sekiranya mereka enggan dan tidak mahu memahami negara itu mereka mesti keluar segera.

Kesemua diplomat, termasuk duta Belanda, Kanada, Denmark, Sweden, Finland, Norway dan New Zealand diarahkan segera hadir ke kementerian uar Turki pada Selasa lepas.

Tuduhan ke atas Kavala, 64, kerana didakwa terbabit dalam beberapa siri protes antikerajaan pada 2013 digugurkan pada tahun lalu, tetapi kemudian ditarik balik setelah disabitkan dengan cubaan rampasan kuasa pada 2016.

-BebasNews

Leave a Reply