GAMBAR: NSTP.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PERMOHONAN Datuk Seri Najib Razak, 68, meminda tarikh pelepasan dan memulangkan semula pasport beliau untuk berjumpa anaknya Nooryana Najwa di Singapura dibenarkan oleh tiga Mahkamah Tinggi pada Selasa (26 Okt).

Kelulusan diberikan oleh tiga hakim, iaitu Mohamed Zaini Mazlan, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Muhammad Jamil Hussin setelah pihak pendakwaan tidak membuat sebarang bantahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, Mohamad Mustafa P. Kunyalam dan Shafiq Hasim.

Dalam notis usulnya yang difailkan pada 21 Oktober lepas, Najib memohon untuk meminda tarikh pelepasan dan penyerahan semula pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober sehingga 22 November ke 25 Oktober sehingga 6 Disember.

Dalam afidavit sokongannya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau diamanahkan membantu jentera parti UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan kerana Presiden Parti UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Jerman untuk rawatan tulang belakang.

— BebasNews

Leave a Reply