Hans de Visser (tiga dari kiri) dan Mustamir Mohamad (tengah), Jeffrey Gan (tiga dari kanan) dan pengurusan kanan BMW Group Malaysia serta Sime Darby Auto Bavaria ketika majlis pecah tanah Pusat 4s BMW Auto Bavaria di Balakong, Selangor.

KUALA LUMPUR – Sime Darby Bhd bakal mempunyai sebuah pusat pengedaran 4S BMW Auto Bavaria bernilai lebih RM120 juta di Balakong, Selangor.

Pusat berkenaan akan mula beroperasi pada suku pertama 2023.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulannya, Mustamir Mohamad, berkata jumlah pelaburan itu menandakan keyakinan keyakinan Sime Darby terhadap prospek dalam segmen automotif pada masa depan.

Penyediaan kemudahan canggih di Balakong seperti pusat pengedaran 4S BMW di Tebrau, Johor dan Pusat 4S BMW di Ara Damansara adalah selaras dengan dengan rancangan pertumbuhan strategik syarikat, kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Mustamir berkata demikian pada Majlis pecah tanah berlangsung di Balakong yang disempurnakan Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser. Turut hadir, Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan; Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan; dan Pengedar Prinsipal Auto Bavaria Balakong, Azrul Azman.

Sime Darby Auto Bavaria Sdn Bhd (Auto Bavaria) adalah anak syarikat bahagian automotif Sime Darby iaitu Sime Darby Motors.

Sementara itu, de Visser berkata BMW Group Malaysia mengenal pasti Balakong, Serdang, Cheras dan kawasan sekitarnya sebagai potensi baharu yang membolehkan jenama itu menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan ketika pasaran Lembah Klang terus berkembang.

“Auto Bavaria menjadi rakan pengedar penting kepada kami di Malaysia dan mereka adalah rakan kongsi premium dalam membantu BMW mencapai cita-cita di negara ini,” katanya, lapor Berita Harian.

Auto Bavaria Balakong seluas lebih 243,342 kaki persegi terletak di lokasi strategik sepanjang Lebuhraya SILK yang menawarkan akses selain direka dengan konsep terbaharu BMW Retail NEXT.

Pusat yang terletak di sepanjang Jalan Tengah, Cheras Selatan 118, merupakan kemudahan dua tingkat seluas 3,600 kaki persegi itu menampilkan bilik pameran yang mampu mempamerkan sehingga tiga buah kenderaan dan ruang istirahat pelanggan di tingkat bawah, serta pejabat pentadbiran di tingkat satu. – BebasNews

Leave a Reply